Rabu, 30 Disember 2009

Hari keluarga 23 Dec 09

Keluarga Moginas telah mengadakan hari keluarga pada 23 Dec 2009 di rumah Danil Soliam di Kg. Narinang Kota Belud. Ramai yang datang tetapi tidak kurang juga yang tidak dapat hadir kerana masalah yang tidak dapat dielakan. Mesej dari pada anak-anak Moginas sangat jelas, harus percaya dan menerima Tuhan Yesus Kristus sebagai Tuhan dan Juruselamat untuk mendapatkan Hidup yang kekal. Saya sangat tersentuh dengan mesej Siridon Moginas. Beliau pernah mengalami suatu keadaan kesihatan yang sangat serius tetapi diberi peluang untuk terus bersama keturunan Moginas pada hari ini. Demikian juga dengan mesej yang dibawa oleh En Kassim Bumburing. Antara yang hadir termasuklah Sdr Yarid dari Tambatuan, Adik Moginas Pn Linahan, Anak anak Sdr Timbangan Bumburing Sdr Japit dan Pn Rose. Sdr Sadim dari Purak Ogis. Kita sama-sama berdoa supaya kita akan bersama kembali pada hari keluarga tahun 2012 bulan May. Pada waktu itu, sila pastikan diri bahawa diwajibkan semua keluarga keturunan Moginas Hadir. Semoga keluarga Moginas berjaya!